Showing posts with label rants. Show all posts
Showing posts with label rants. Show all posts
Tuesday, January 8, 2013
Wednesday, March 14, 2012
Aku.....jual Rolex???
Agak2 la diaorg ni...nak spoof email aku pun jgn la antar kat aku balik. Ni kira mencabar ni.
Spammers gampreng!!!
Enlargement pills???wtf...
Friday, March 2, 2012
Dulu dan sekarang
Ungkapan "dulu dan sekarang" satu ungkapan yang sangat cliche dan selalu sangat kita dengar..selain dari merupakan tajuk lagu popular Black Dog Bone yang agak sedap dikaraoke di kala melayan lagu2 melayu lama. Dalam mood2 sedih dan frust, ia menggambarkan betapa bestnye yang dulu berbanding yang sekarang. Tapi betul ke yang dulu lebih baik dari sekarang..?
Pada aku barang2 lama ni terlalu overrated dan over appreciated yang membuatkan sesetengah orang bersikap nostalgik sebagai contohnya aku sendiri.hehe..Mesti kome biase dengar orang sembang membandingkan betapa bestnya yang dulu2 dengan yang sekarang.contohnya filem..lagu..dsb.
Kalau kita tgk dari segi filem...kita selalu cakap filem P. Ramlee memang takde tandingan. Tapi kene fikir jugak berapa banyak pulak filem selain filem P. Ramlee yang langsung tak best..pun banyak. Same je isunya dengan sekarang. Ada yang betul2 bagus dan ade yang hampeh. Tapi kalau yang dulu kita ingat yang best2 jer. Yang tak best semua kita lupa. Dengan senang2 kita generalize yang lama2 semuanya best. Lagu pun macam tu la jugak. Ini tidak adil..!!
Tuesday, February 28, 2012
Kamus & Bahasa
Pada aku..aku seorang yang agak mempunyai minat dalam bidang bahasa dan percakapan manusia. Setakat ini, aku berkebolehan untuk mencarut dalam sekurang-kurangnya 5 bahasa yang berlainan tidak termasuk dalam bahasa pengaturcaraan komputer. Hebat kan? :)
Tapi sejak dulu lagi aku memang mempunyai sentimen yang agak negatif terhadap kamus Bahasa Melayu kita..
Pada pendapat aku, kamus adalah medium yang penting dan banyak berjasa kepada pembangunan bahasa. Ia mendaftarkan hampir semua perkataan yang terdapat dalam bahasa percakapan kita kecuali sebilangan perkataan yang khusus kepada dialek negeri dan juga perkataan-perkataan carutan yang ekstrim dan tidak boleh ditintakan di dalam blog ini. Cewahh...
Sebagaimana pendapat aku mengenai kamus ini, ia menjadi kunci kepada khazanah simpanan bahasa kita, namun ia harus tidak menjadi diktator kepada bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan. Malah ia-lah yang harus mengekori evolusi bahasa yang sentiasa berkembang samada disedari atau tidak. Mahukah anda menjadi boneka kepada sebuah penceritaan atau adakah anda mahu menjadi inspirasi bagi apa yang hendak diceritakan?
Ada beberapa contoh yang aku fikirkan bercanggah dengan lidah aku:
baru - baharu (menyampah aku dengar diaorg sebut dalam berita tv)
lincin - licin (ke aku je yang sebut macam ni?)
lenjun - lencun (spt di atas)
jawap - jawab (bila dijadikan noun pandai lak tukar jadi 'jawapan')
Walau apa pun bahasa adalah jiwa dan entiti bangsa maka cintai dan hargailah bahasa kita. Tanggungjawap memeliharanya adalah tidak lain tanggungjawap kita yang tak mungkin disanggupi oleh bangsa lain. Diingatkan aku tulis ni cuma nak berkongsi pendapat peribadi aku dan tidak harus dianggap sebagai perbincangan ilmiah pun kerana sepertimana yang diketahui aku bukan seorang yang ahli dalam ilmu bahasa di samping sangat suka menyanyikan lagu rock orang putih :P
Sekian..huhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)



