Monday, September 19, 2011

blues tengah malam...

larut malam di tengah kota yang sarat dan sesak, tidak pernah sunyi jalan-jalannya serta sudut-sudutnya, yang sunyinya hanya di hati-hati warganya..

..sesekali terdengar sorakan-sorakan yang asyik oleh mereka yang menonton perlawan bola sepak di 'stadium maya' berbekalkan segelas-dua minuman sebagai tiket tempat duduknya...aku ingin juga menyertai mereka, tetapi aku bukan seperti mereka..

..diselangi dengan pekikan nyaring motorsikal yang dipecut laju mat-mat rempit. menggayakan aksi bahaya di mana sahaja yang dikira boleh..aku juga bukan seperti mereka..aku tidak mahu menjadi seperti mereka..

..sesekali aku terbuai oleh khayal yang merewang jauh..namun aku bersyukur aku tidak terjebak dengan khayal dari racun yang merosak akal dan jiwa insan-insan yang hanyut, merempat di kaki-kaki lima, di celah-celah longkang dan di bawah jambatan..

aku adalah aku..aku hanyalah aku..setiap detak jantungku yang mengikut irama kepunyaan diriku..

No comments:

Post a Comment

Take your pick

chords (1) IT (7) jokes (2) life (16) movies (2) music (4) politics (1) rants (4) religion (4) science (2) teka-teki (1) tips (1) world (3) writings (2)