Thursday, October 13, 2011

HUDUDULLAH...I beg to differ


Tengah kita sibuk mendengar pertelingkahan yang tak sudah2 antara kerajaan dan pembangkang..yang duduk di kerusi Parlimen mahupun yang duduk di mane2 kerusi yang boleh melepak dengan kawan2 sambil minum teh tarik...masing2 mempunyai pendapat sendiri mengenai perlaksanaan hukum hudud tiba2 out of the blue, pada 11 Okt, Sultan Brunei telah menitahkan untuk menggunakan undang2 Islam sebagai judiciary utama bagi negara tersebut, bersama-sama dengan akta yang sedia ada sekiranya tidak bercanggah dengan undang2 Islam. pehh..tercabar sungguh aku sebagai rakyat Malaysia yang serba liberal ni!

"..Hopefully, by doing this Allah (SWT) will spare us from his punishment/torment for not implementing the law." - his majesty Sultan Brunei baca..

Aku pun bukanlah tau pun psl bab hukum2 ni..kalo tanya aku ape hukuman utk org main judi pun aku x tau kalo mengikut hukum Islam. mgkn kerana aku seorang yang agak bendol, dpd zaman sekolah dulu aku percaya dengan keperluan untuk melaksanakannya. tambah2 lak mase zaman Form 1-2 dulu kecoh pasal isu2 murtad dan secara tidak langsung membangkitkan isu perlembagaan Malaysia yang bersifat sekular atas sebab kemarahan umat Islam ke atas ketidakupayaan undang2 negara untuk membendung isu murtad di negara kita. 

Zaman2 tu femes la kaset2 ceramah..antaranya peguam Zulkifli Nordin yang sekarangnya menjadi Ahli Parlimen Kulim, Bandar Baharu, yg dulunya agak radikal, menceritakan secara detail mengenai perlembagaan negara dan tuntutan untuk menghukum dengan hukum Allah didalilkan dengan ayat2 Al-Quran dari berbagai surah di dalamnya. 

Al Maaidah ayat 44:
Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir

Al Maaidah ayat 45:
Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Al Maaidah ayat 47:
Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik

asbab nuzul ayat ini berkenaan Bani Israel di Madinah (bani Nadzir dan bani Quraidzah) yang datang meminta penghakiman dari RasuluLlah saw dan bila Nabi saw memberi hukuman dari Kitab ALlah, tapi mereka menolaknya. Walaupun ia ditujukan kepada Yahudi, namun pengajarannya juga terkena secara umum kepada umat Islam. (sumber soaljawab.wordpress.com)


Tak semestinya kita perlu faham sesuatu perkara itu sebelum kita menurutinya. spt peristiwa Israk dan Mikraj, sahabat2 Rasulullah mgkn x tergambar bagaimana Rasulullah dibedah hati/jantungnya hidup2 (ni kurun ke-7 Masihi ye tuan2), diterbangkan oleh makhluk Buraq ke Masjidil Aqsa dan tmpt2 lain dalam satu malam..tp diaorg percaya je walaupun ramai yang mengejek dan menentang. bagi aku itulah yang dinamakan faith. kita pula yg hidup ratusan seribu tahun lebih selepas Rasulullah boleh percaya pulak ye? kenape?..adakah kita terlalu malas utk memikirkannya lalu menganggap peristiwa tsbt hanya spt cerita yang kita baca dari sebuah novel? atau adakah hanya kerana ianya suatu popular belief yg sudah established?

Andai kata kita percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, ape sangatlah kalo nak percaya bahawa hududullah adalah yang terbaik utk kita? 'Percaya' adalah perkara yang paling kita patut beratkan skrg ni. Api sekecik cabai menggelupor kita nak mengelak dari terkena..namun dalam masa yang sama kita menempah neraka Allah dengan maksiat yang kita lakukan. Ishh..bile la aku nak taubat ni..



Alasan yang aku paling x boleh terima skali adalah perbezaan mase dulu dan skrg. yang berubah adalah manusia..Al-Quran ade kuar version baru ke? adakah kamu fikir Allah tidak memikirkan bagaimana keadaan kita di akhir zaman semasa menurunkan wahyu Al-Quran kepada Rasulullah? adakah kamu fikirkan jiwa kamu lebih murni dari Rasulullah sedangkan baginda tidak berhati perut sanggup menghukum kaumnya dengan hukum hudud yang konon2nya kejam itu? bagaimana pula dengan hukuman di akhirat nanti? nak kate kejam juga?

The monarch explained that Brunei has been implementing the Islamic Law since the 17th century, but with the intervention of foreign powers, Brunei had to or was rather forced to abandon it.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa Brunei merupakan negara monarki, berbeza dengan negara kita yang mengamalkan demokrasi berparlimen (lihat perbezaan), Brunei hanya negara kecil, dsb. aku sendiri pun x pasti samada Malaysia mampu menegakkan undang2 Islam dengan keadaannye skrg..rasenye mmg x mampu pun..mungkin sesuatu perlu diubah? tak kiralah apa pun pandangan politik kita.. tapi jika ditanya mengenai perlaksanaan undang2 Islam di negara kita katakanlah InsyaAllah sekurang2nya.jgnlah dicela suatu perkara yang disampaikan di dalam Al-Quran. Ia bukanlah sesuatu yang diperkenal oleh mane2 parti politik negara kita. I fear for all of us because I simply care.

Ape pun, aku sanjung kepada pemikiran Sultan Brunei yang tak takut digelar kolot, kejam ataupun ape2 label lg yang dunia akan beri, demi melaksanakan tanggungjawab baginda yang amat besar sebagai pemerintah negara. Semoga berjaya dalam menuju ke jalan yang benar seterusnya menjadi teladan kpd umat2 lain.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R. Muslim

No comments:

Post a Comment

Take your pick

chords (1) IT (7) jokes (2) life (16) movies (2) music (4) politics (1) rants (4) religion (4) science (2) teka-teki (1) tips (1) world (3) writings (2)