Friday, September 23, 2011

Terlebih renung...

Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku saja-saja lah membaca bende2 yang Islamik skit. Terjumpa artikel pasal Israk dan Mikraj..yang citer pasal Rasulullah diperlihatkan azab-azab penghuni neraka..punyer la kaw teruknye azabnye.itupun kite boleh rilek buat dosa lg kan??

 Tiba-tiba terdetik dalam hati aku yang saje ngade2 cari pasal hari2 jumaat ni...ape lah maunya menciptakan satu kaum yang sebahagian besarnya hanyalah untuk diseksa sebegini rupa? Mak oiiiii!!!celuparnya hati aku berkata-kata. Istighfar jugak aku jap..teringat aku dalam Quran ada sebut janganlah kau berburuk sangka pada Dia.

Bila direnungkan..persoalan sebegitu la lebih kurangnya yang timbul di kalangan para malaikat dan Azazil (kemudiannya dikenali sbg Iblis) ketika Allah menjadikan Adam. Aku cuba cari dialognya kat google tp yang keluar cuma pasal malaikat nak ambik tanah kat bumi je.3-4 website aku tgk serupa je contentnya.mende??copy paste le tu deme ni.nak 'laku'kan blog le katekan.keh3.

Berbalik pada citer td..kalo x silap aku Allah sound diaorg blk pasei pe persoalkan tindakan Dia.pastu malaikat semua akur dan bertaubat. Cuma Iblis je rebel.siot kau Iblis!!

Tapi persoalan yang lama aku cari jawapannya timbul kembali...ape mahunya....??(soalan rahsia...terlalu kontroversi). Aku tak brani nak tulis kat blog ni..pasal bile aku tanya je semua org akan automatik melenting. Tapi biasenya bila aku cerita betul-betul baru la org faham kenapa aku bertanya soalan tu. Tapi mungkin juga satu lagi soalan cari pasal kot.

Tapi dalam kes tadi..aku akur dan bertaubat...kay..leh gi semayang.

Thursday, September 22, 2011

Teori mimpi menjadi kenyataan??

Mimpi adalah perkara misteri yang paling real dan yang paling common di dalam hidup kita. Namun ianya tidak pernah difahami sepenuhnya oleh manusia. Secara saintifiknya ada yang berpendapat ia tercetus dari fragmen-fragmen memori yang cuba disimpan oleh otak manusia.Setiap manusia mengalaminya dari kecil sehingga ke akhir hayat..tiada yang terkecuali. Antara mimpi-mimpi yang standard adalah mimpi patah gigi, dikejar ular, mimpi terbang dsb.

Setelah bertahun-tahun aku observe mengenai mimpi ni tak kiralah mimpi org lain ataupun mimpi sendiri...aku dapat merumuskan bahawa terdapat mimpi yang kita alami hampir pasti menjadi kenyataan!! Wah...hebatnya!! Mimpi apakah itu?? Kalau saudara-saudari sekalian nak tahu mimpi tersebut adalah 'mimpi kencing' Sekian, terima kasih.Huahuahuahuhua...

Monday, September 19, 2011

blues tengah malam...

larut malam di tengah kota yang sarat dan sesak, tidak pernah sunyi jalan-jalannya serta sudut-sudutnya, yang sunyinya hanya di hati-hati warganya..

..sesekali terdengar sorakan-sorakan yang asyik oleh mereka yang menonton perlawan bola sepak di 'stadium maya' berbekalkan segelas-dua minuman sebagai tiket tempat duduknya...aku ingin juga menyertai mereka, tetapi aku bukan seperti mereka..

..diselangi dengan pekikan nyaring motorsikal yang dipecut laju mat-mat rempit. menggayakan aksi bahaya di mana sahaja yang dikira boleh..aku juga bukan seperti mereka..aku tidak mahu menjadi seperti mereka..

..sesekali aku terbuai oleh khayal yang merewang jauh..namun aku bersyukur aku tidak terjebak dengan khayal dari racun yang merosak akal dan jiwa insan-insan yang hanyut, merempat di kaki-kaki lima, di celah-celah longkang dan di bawah jambatan..

aku adalah aku..aku hanyalah aku..setiap detak jantungku yang mengikut irama kepunyaan diriku..

Tuesday, August 16, 2011

Freedom Fighters

Three decades ago the Americans call them Afghans "Freedom Fighters" and aided them with weapon and training just to fight their common enemy, the Soviet. And now they call the Afghans "Terrorists" for doing the same thing they did three decades ago..fighting for freedom. Funny ain't it??

What gives..??

It's a funny thing how people would seek preaching from godless money-craving people

Take your pick

chords (1) IT (7) jokes (2) life (16) movies (2) music (4) politics (1) rants (4) religion (4) science (2) teka-teki (1) tips (1) world (3) writings (2)