Tuesday, February 28, 2012

Kamus & Bahasa

Pada aku..aku seorang yang agak mempunyai minat dalam bidang bahasa dan percakapan manusia. Setakat ini, aku berkebolehan untuk mencarut dalam sekurang-kurangnya 5 bahasa yang berlainan tidak termasuk dalam bahasa pengaturcaraan komputer. Hebat kan? :)

Tapi sejak dulu lagi aku memang mempunyai sentimen yang agak negatif terhadap kamus Bahasa Melayu kita..

Pada pendapat aku, kamus adalah medium yang penting dan banyak berjasa kepada pembangunan bahasa. Ia mendaftarkan hampir semua perkataan yang terdapat dalam bahasa percakapan kita kecuali sebilangan perkataan yang khusus kepada dialek negeri dan juga perkataan-perkataan carutan yang ekstrim dan tidak boleh ditintakan di dalam blog ini. Cewahh...


Sebagaimana pendapat aku mengenai kamus ini, ia menjadi kunci kepada khazanah simpanan bahasa kita, namun ia harus tidak menjadi diktator kepada bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan. Malah ia-lah yang harus mengekori evolusi bahasa yang sentiasa berkembang samada disedari atau tidak. Mahukah anda menjadi boneka kepada sebuah penceritaan atau adakah anda mahu menjadi inspirasi bagi apa yang hendak diceritakan? 

Ada beberapa contoh yang aku fikirkan bercanggah dengan lidah aku:

baru - baharu (menyampah aku dengar diaorg sebut dalam berita tv)
lincin - licin (ke aku je yang sebut macam ni?)
lenjun - lencun (spt di atas)
jawap - jawab (bila dijadikan noun pandai lak tukar jadi 'jawapan')

Walau apa pun bahasa adalah jiwa dan entiti bangsa maka cintai dan hargailah bahasa kita. Tanggungjawap memeliharanya adalah tidak lain tanggungjawap kita yang tak mungkin disanggupi oleh bangsa lain. Diingatkan aku tulis ni cuma nak berkongsi pendapat peribadi aku dan tidak harus dianggap sebagai perbincangan ilmiah pun kerana sepertimana yang diketahui aku bukan seorang yang ahli dalam ilmu bahasa di samping sangat suka menyanyikan lagu rock orang putih :P

Sekian..huhu...
 

Saturday, February 4, 2012

Makan luar..


Masa aku kecik2 dulu makan kat luar ni merupakan satu bende yg sgt rare dan sgt best..biasenye kalau ade special occasion je. Biasenye kitorg akan makan kat kedai Pak Wan, berhampiran dengan rumah kami pada masa tu iaitu di Manjoi. Masa tu kedai tu yg sebenarnya agak2 quite nice je kalo dibandingkan dengan kedai2 zaman skrg dari segi menunya, tapi dengan ramai customernya..ade aiskrim lg..airnya pulak ade letak payung kecik dalam gelasnya membuatkan rase grand sangat pada masa tu. Apatah lagi kalo skali2 dapat makan fast food seperti KFC dan McD di pekan Ipoh.. memang marveles. Kala nak dikira, makan kat Medan Selera Taman Kanak2 (Children's Playground bak kate bapak aku)..pun dah kira best.Tapi sekarang boleh kate hampir tiap2 kali makan di luar..ade je bende yang menyakitkan hati dan perut. 

Yang aku paling tak gemor sangat adalah trend kedai2 makan sekarang yang letak prosedur bayor kat kaunter. Ape berat benor ke bontot deme ni x boleh nak collect duit kat meja? Yang dok kat kaunter pun bukannye tokeh..pekerja juga..boleh jimat bayor gaji ke kalo keje duduk kaunter je? Kita yang datang makan dengan perut tengah kenyang2 tu pulak jadi balaci kene beratur kat kaunter nak bayor.

Seperkara lagi biase le..regenye. Kalo rege naik tu jangan harap la barangnye pun bertambah...nak dapat yang sama mcm sebelum2nye pun dah seribu rahmat dah. Tapi yang sakit hati sekali, rege naik..makanannye makin ciput..rase macam longkang. 

Pernah minum teh tarik longkang?? Bab air ni pun sakit hati juga. Kadang2 ade juga kedai yang aku sound tepet jer. Sekarang ni trend buat teh tarik pakai susu cair pulak..warnanye mmg same..rasenye memang payau longkang la.Gula sah2 tak pakai..rege nah..RM1.30...best kan? Kalo gula naik sekupang sekilo, air pun naik sekupang...gula naik dokupang, air pun naik dokupang. Kejadahnya..deme buat air segelas pakai gula sekilo ke? Pegi kedai mamak..ayam goreng sketoi RM3-3.50.Kalo ade KFC dekat2 situ beli je ayam goreng ala carte 2 ketoi RM6.40..lagi puas ati..konfem sedap.

Aku bukan suke2 nak hentam diaorg ni..aku pun tau taraf hidup di Malaysia ni walaupun tak banyak serba sedkit dah meningkat berbanding dulu. Zaman aku kecik dulu, kalo takat jual karipap tepi jalan belum tentu cukup barang makan di rumah. Sekarang kalo jual karipap boleh pakai kete besor. Aku tak salahkan deme nak senang..tapi beragak le juga. Jangan sampai pelanggan terase dianiaya..tambah2 bab2 makan minum ni. Mentang2 la bukan nak bini diaorg yang makan...yang x habih dibawak ke esok..ntah elok ntah idak pun x tentu..biase je aku dapat nescafe / milo masam kat foodcourt2 shopping complex. Bab kebersihan toksah harap sangat la. Tawakkal jer. 

Kot mane pun..biase2kan le makan di rumah..masak sendiri.. Kalo skali-skala nak makan char kuey tiaw ke..bihun tomyam ke..roti canai ke gi le ke luor. Kang kalo order bende2 tu kat rumah kang ade yang kene backhand lak nanti..huhu..

Take your pick

chords (1) IT (7) jokes (2) life (16) movies (2) music (4) politics (1) rants (4) religion (4) science (2) teka-teki (1) tips (1) world (3) writings (2)