Tuesday, February 28, 2012

Kamus & Bahasa

Pada aku..aku seorang yang agak mempunyai minat dalam bidang bahasa dan percakapan manusia. Setakat ini, aku berkebolehan untuk mencarut dalam sekurang-kurangnya 5 bahasa yang berlainan tidak termasuk dalam bahasa pengaturcaraan komputer. Hebat kan? :)

Tapi sejak dulu lagi aku memang mempunyai sentimen yang agak negatif terhadap kamus Bahasa Melayu kita..

Pada pendapat aku, kamus adalah medium yang penting dan banyak berjasa kepada pembangunan bahasa. Ia mendaftarkan hampir semua perkataan yang terdapat dalam bahasa percakapan kita kecuali sebilangan perkataan yang khusus kepada dialek negeri dan juga perkataan-perkataan carutan yang ekstrim dan tidak boleh ditintakan di dalam blog ini. Cewahh...


Sebagaimana pendapat aku mengenai kamus ini, ia menjadi kunci kepada khazanah simpanan bahasa kita, namun ia harus tidak menjadi diktator kepada bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan. Malah ia-lah yang harus mengekori evolusi bahasa yang sentiasa berkembang samada disedari atau tidak. Mahukah anda menjadi boneka kepada sebuah penceritaan atau adakah anda mahu menjadi inspirasi bagi apa yang hendak diceritakan? 

Ada beberapa contoh yang aku fikirkan bercanggah dengan lidah aku:

baru - baharu (menyampah aku dengar diaorg sebut dalam berita tv)
lincin - licin (ke aku je yang sebut macam ni?)
lenjun - lencun (spt di atas)
jawap - jawab (bila dijadikan noun pandai lak tukar jadi 'jawapan')

Walau apa pun bahasa adalah jiwa dan entiti bangsa maka cintai dan hargailah bahasa kita. Tanggungjawap memeliharanya adalah tidak lain tanggungjawap kita yang tak mungkin disanggupi oleh bangsa lain. Diingatkan aku tulis ni cuma nak berkongsi pendapat peribadi aku dan tidak harus dianggap sebagai perbincangan ilmiah pun kerana sepertimana yang diketahui aku bukan seorang yang ahli dalam ilmu bahasa di samping sangat suka menyanyikan lagu rock orang putih :P

Sekian..huhu...
 

No comments:

Post a Comment

Take your pick

chords (1) IT (7) jokes (2) life (16) movies (2) music (4) politics (1) rants (4) religion (4) science (2) teka-teki (1) tips (1) world (3) writings (2)